Recent Posts

Wednesday, November 19, 2008

How we spend time during Bibie's Beday

Last 15 Nov 2008, Beday Bibie ku cayang yg ke-28. Bibie dah tua. huhuhuhu. ni lagu khas dr mummy n bb utk daddy.

Happy Beday to U
U born in the Zoo
With the monkey n the kangaroo
Hepi beday to U
We love u Daddy... muahhhhh...
Hehe.. let see what we did on that day..

1. Tgk movie
- tgk movie cite jebon. sepattnya weekend seblumnye tgk, tp tb2 ada plak sneak preview cite madagascar, so i like to move it la...
- ms dlm movie ada la new couple blkg kitorg ni duk sibuk borak ms tgk movie. aku n bibie selamba je sound suruh diam. so peringatan, jgn berborak dlm cinema. huhuhu

2. G Mothercare
- Beli rompers utk bb. Tema kami sm mcm emma, colourful. so daku rembat 7 helai rompers.
- Cdg nak beli jumpsuit gak, tp bila pkr xtau bape pjg saiz bb ku yg sebenar, so tak jd beli.

3. G MPH
- Daddy plak bg Mummy hadiah ms beday dia. Thanx daddy.
- Daddy belikan buku 'Panduan penjagaan ibu n anak'. Buku tue ats rekemen dr tini a.k.a. kakak sasa. Thanx Sis.
- Buku tu tersgtla bgs. everything ada, khas utk dr pregnant smp bb 3thn.
- Daddy siap balutkan buku tu utk mummy, it becomes my dictionary.

4. G Mom's Care
- Memula sj je tgk2 bj bb kat situ.
- Tb2 Daddy ternampak Stroller Graco Cleo 4 in 1 ada sale. Harganye pun within Budget.
- Kami pun ape lg, trus tanya mcm2 kat salesgirl. siap srh wat demo skali.
- At first cdg nak beli Dec nnt. tp bila dah bg stroller, carrier bucket, cocon n nursery bag. sape yg mampu thn dr. Kaler nyer pun cntk.
- Apelg, Daddy, hulurkan kad kredit anda. hahahahaha... Mummy wat xtau.
- tp bila nak bw msk keta, adoiyai seksa nyer. Kelisa ku dah jd mcm tin sardin. skrg mula la pkr nak tkr keta plak. tp tgg dulu smp awl thn depan. dptkah daku membeli keta idaman ku.. Tggggg.....

5. Ikea
- Hr tu dah list senarai Baby cot n accesories yg nak beli.
- Tp tb2 baby cot semua tak de stok kat ikea. aku rs Kapal diorg duk angkut brg2 utk x-mas, smp lupa brg lain.
- Salesgirl dia kt tgg akhir bln dec br ada. tp takpela, Daddy pun dah pokai td beli stroller. huhuhuuu....

6. G Brands Outlet
- tgh duk pusing2 tgk bj bb, ada plak bj n suar belang2 yg kiut. probnye aku confuse kaler. pink ke peach. siap tanya salesgirl. akhrnya kami putuskan pink yg ala peach.
- Kalu bb girl, ok. Kalu boy pun belasah jela. hehehe.. dia bkn tau pun. Janji tak sejuk. hehehee...

Ending

Inilah aktiviti kami sepjg beday Bibie, Opss lupa nak cite Bibie dptla suar short radioactive yg kebetulan ada sale. Kotak2 lg. skrg ni, jd suar faveret dia. bila aku tolak suar dia dr kuar q bsh bj, trus mencebik. hahaha..

Hakikatnya aku rs berslh sbb takde bg hadiah ape2 pun, suprise pun takde. Sejak pregnant ni, urat ku kembang sgt kot. smp xmampu pkr other thing except my bb.

Sorry tau daddy, whatever it is. we have really great saturday together.

16 Nov 2008

Igt dah abis, ada lg yg aku nak cite. hehehee

1. Jumpa ING insurance ejen
- sj usha2 medical card utk kami n bb.
- kitorg ni kesedaran ttg kesihatan krg skit. tp skrg kena insaf. kitorg kena ada protection n kena sht utk bb kami.
- setakat ni company mmg ada cover, tapi benefit tak best sgt.
- lgpun usha utk bb sekali. bb dr new born smp 5 years mmg sng sakit. so kena well prepare.

2. Kelas ibu Mengandung
- so excited dpt attend kelas nie. Bibie pun semgt join this class. ada ramai gak couple yg dtg.
- 1st Class psl pemakanan. aku semangat tu duk dpn n salin note. tgt zmn belajar dulu. hehehe.. ms sesi soal jwb, aku beria gak jwb soalan. smp bibie kt biarla org lain dpt gak hadiah. huhuuhu..
- 2nd Class psl Vaccination. Hmm byk menda gak tau. bln bp kena injection. ape Vaccine terbaru.
- 3rd Class, exercise class. Best woo. Daddy tlg Mummy wat exercise. then buchuk2 dlm prt ku pun sm sibuk exercise. maybe dia kt, mummy ni selalu tdo je, nape tb2 hr ni rajin exercise. hehehee..
- 4th Class psl Delivery. Mula2 aku excited n kagum tp lm2 ngeri la plak. skrg aku dah mula mimpi2 hal2 delivery. huhuhuu. psl breastfeeding doc sentuh skit je. tp takpela aku ada dictionary. Then kwnku farah ada consult utk breastfeeding gak. So nnt leh tanya dia.

Hmm rsnya nie jela aktiviti ktorg sepanjang weekend. Tak sabar nak tgg this coming sunday plak. kwn Bibie nak amik gmbr ku yg Preggy dgn Daddy. Yeay dpt jd model. tak sabar nyerrr....

Tuesday, November 11, 2008

HOW I GOT PREGNANT AGAIN

hmm tgk tajuk je, hatiku mula rs pilu. terigat kisah lm. terigt mcm mn nak survive dr kisah yg menyedihkan. Pd sape yg penah bc blog ku sebelum ni 'Ectopic Pregnancy'. they would understand. Ape pun semuanyer kuasa Allah Taala. Dia yg menentukan mn yg terbaik utk kami.

cerita nyer bermula begini..

Aug 2007
-Br lepas operate c-section utk kuarkan janin. anak ku diambil kembali oleh pencipta.
-tiub fallopio seblh kanan dah takde. i lost half of my life.
-mc selama 2 weeks. berpantang mcm org bersalin tp takde anak. sedihh..

Sept 2007
-hr2 pun aku menangis n mengenang anak ku yg dah tiada.
-hr2 berfikir kenapa allah ambil kegembiraan kami.
-finally kami buat decision pegi jmp pakar sakit puan dkt bkt dmsr.
-Dr chck n mmg confirm aku cuma ada 1 tube kiri. aku rs dirku sgt cacat. bole ke aku pregnant kembali mcm org normal.
-Dr kt reason kenapa aku kena Ectopic Pregnancy adalh tiub kanan ku sempit n janin tak lepas lalu ke rahim.
-Dr kt harapan utk pregnant dgn 1 tuib msh ada, cuma peratusan rendah dr org lain.
-Kalu pregnant lg, aku msh ada risiko utk kena lg Ectopic Pregnancy.
-Akhirnya Dr bg aku ubat Clomid (kesuburan) utk 3bln. Tujuannyer utk tinggikan peluang utk pregnant dgn hasilkan ovum yg sht n byk.

Oct - Dec 2007
-Tiap2 bln aku mkn Clomid n tetap period. setiap kali aku period hanya tuhan yg tahu betapa pedihnya hatiku.
-Nasib ku baik kerana dikurniakan suami yg penyayang, tabah n sabar dgn keadaan isterinya.
-aku juga bertuah dpt ma, ayah, mak n ayah yg sentiasa bg support. adik-beradik yg sentiasa ceriakan hidup aku. terutama kak jue yg sentiasa nasihat n dgr mslh ku.
-kwn2 n opismate pun byk bg support. even my boss said, ur sadness also gave us pain. we all love u as family.
-Setiap kali period aku mesti berfikir kenapa allah amik anakku. kalu tak anakku dlm 5,6,7 bln dlm rahim ku. prt aku pun sepatutnya dah besar.

Jan2008
-Dr kt kalu aku still tak pregnant, aku kena dtg utk X-ray rahim. tujuannyer utk lihat keadaan tiub kiri sama ada sempit or tersumbat.
-Sktnyer tak terkata. aku menangis n meraung dlm surgeri room ms Dr x-ray. Bibie tak dibenarkan masuk. aku nangis smbl pgl bibie.
-dr result X-ray, tiub kiri ku normal. cuma belum ada rezeki kami.
-aku cuba meluahkan perasaan aku pd Dr. segala bebanan dlm hatiku selama ni. tp malangnyer Dr tu dah tua n tak berapa sudi nak dgr. maybe sbb dia dah taraf prof n ada ramai lg patient yg nak jmp.
-Akhirnya dia bg aku clomid utk 3bln lg. n suruh kami berusaha lg. dia kt jgn pkr sgt. ramai lg org yg lg malang dr aku.
- ramai lg org yg malang dr aku...yer itu la ayat plg aku benci. di saat ini aku tak peduli. bgku, aku la yg plg sengsara.
-semua org bole kata sabar. bgku semua org pun bole ckp. bkn mereka yg tanggung beban ini.

Mac 2008
-Our 1st anniversary. kami celebrate di phuket. a lot of thing happened. but we really enjoy our honeymoon.
-tp aku ttp sedih, jika tak aku dah pun deliver n tgh berpantang. yg mn ku kira hadiah terbaik utk anniversary kami.
-tp malangnyer itu tak terjd.
-bln ni, aku nekad. kalu aku period, aku tak mau nangis. tp akhrnya nekad ku mkn dr sendr.
-aku meroyan n hampir hlg akal. aku suruh bibie kawin lain. aku bgtau dia, aku tak mampu bg dia zuriat. perkara yg setiap perkahwinan inginkan.
-dia peluk aku, dia kt aku lebih berharga dr segalanya. dia kawin dgn aku adalah sbb aku. kalu ditakdirkan ada rezeki kami. insyaallah pasti ada.
-setiap kali jmp ma aku, aku pasti cerita kesedihan aku. ada sekali ni aku menangis dpn ma n bgtau aku tak tertanggung lg beban ini. ma pun menangis. dia kt, sabar. insyaallah pasti ada rezeki kamu berdua.
-mak mertua aku pun sentiasa dgr kesedihan aku. walaupun dia bkn ibu kandungku. tp dia tetap rs pedih dgn keadaan ku.
-tiap kali jmp sasa, aku pasti meleleh air mata. setiap kali itu, dia akan peluk aku n bg semangat. "i always there for u". itu mmg ayat kami dr dulu.

April 2008
-Disebabkan aku masih tak pregnant after mkn Clomid. aku call klinik, ape yg patut aku lakukan.
-Nurse kt, dr suruh dtg utk buat UIU. aku tergamam, ape tue.
-Nurse tu kt 1st time nak buat yer. dia pun terangkan, pd waktu subur, sperm suami yg berkualiti akan diinject direct dkt ovum.
-kosnye hampir rm900 utk sekali buat.
-Aku pun surf di web tentang IUI, aku bc, kalu buat pun blum tentu trus jd.
-Ada org smp 4 kali pun masih belum berjy. akhirnya disarankan buat kaedah terakhir iaitu 'Tabung Uji'.
-Aku btl2 keliru, aku tanya pendpt kak jue. dia suruh pkr btl2. even mkn clomid yg mrh pun aku merana bila tak berhasil. bayangkan kalu buat IUI yg rm900 then tak menjadi jgk.
-Hakikatnyer bkn duit mslh utama ku. aku rela berhabis duit utk zuriat kami. tp yg plg dirisaukan adlh kesan sekiranya UIU tak berjy. mungkinkah aku akan jd gile..
-aku tanya pendpt opismate aku amy. dia kt better u look for other Dr's opinion. dia suggest aku jmp Dr Zarul. her faveret Dr.
-Kak Jue pun cdgkan aku pegi berurut dgn Mak yah. Ktnye setakat ni Alhamdulillah, ramai yg dpt rezeki pas jmp Mak yah.
-Aku kuatkan dr n pergi jmp dgn Dr zarul. Dia tanya skt ape? tb2 air mata aku meleleh. then aku cerita dr A to Z.
-Dia kt, kalu tiub kiri u tak de mslh, Insyaallah u bole preg balik. it just matter of time. U mkn Clomid then jgn pkr ape2. aku just diam.
-Then tb2 dia kt, mmg senang utk sy ckp tp u yg hadapi. bila dia ckp je begitu. aku rs lega sgt2. akhirnya ada org yg mampu kt begitu pd aku. aku rs tb2 ruang yg luas terbuka utk ku.
-Dr zarul kt lg, sy yakin u bole pregnant blk. tp i pun tak bole bgtau bila, itu semua kuasa Allah.
-Blk dr klinik, aku sgt yakin n lega. rs ringan segala beban ku.

May 2008
-Bln ni kami dah mula bz dgn urusan pindah ke rumah sendiri. segala perancangan kena atur dgn teliti. aku pun hmpr terlupa psl pregnant.
-period kali ni aku rs lega sbb tak pregnant. mungkin sbb kami akan pindah, so it is ok. kalu tak kesian bibie kena wat semua menda sendiri.
-Kak jue ajak kami pegi ke rumah Mak yah utk berurut.
-mak yah kt bdn aku byk angin. bila smp kat kaw rahim, dia kt rahim ku senget ke kiri. means bkn kat position yg sepatutnyer.
-Aku kt maybe ms operate, Dr main letak je rahim tue.
-B4 blk, mak yah kt, kita berusaha. semuanyer terpulang pd kuasa Allah taala.
-Kali ni aku rs lbh tenang. Aku ada terdgr ceramah dkt mhi, Ustaz kt kdg2 manusia silap. selalu pkr rezeki hanyalah duit n anak. bila allah tak bg 2 menda tu, kita rs Allah tak sayang kita.
-hakikatnya Allah bg rezeki dgn pelbagai cr. kesihatan, perkerjaan, kasih-sayang n byk lg.
-Bila aku pkr blk. mmg btl aku ada kerja yg baik n ckp mkn. dpt peluang g jln2 tmpt org.
-ada kesihatan yg baik. takde skt kronik or kanser or ape2.
-ada kasih sayang dr suami, dr parents2, dr siblings2, family n kwn2.
-Lg bersyukur, aku berjy tunaikan antara azam aku thn ni. nak bw ma n ayah g holiday g sabah full support. dirog tak pernah naik kapal terbang. ini mmg niat aku dr dulu. terima kasih Airasia, 'Now everyone can fly'.

Jun 2008
-Kami asyik bz dgn pegi mkn kenduri. ms pegi kenduri kawin mazni, period aku dah lewat. dlm ms yg sm aku mcm nak dmm n tak selera mkn.
-tp aku tak nak layan, kalu ada rezeki kami, insyaallah ada.
-dlm hatiku asyik berkata, kalu tak pregnant pun tak pe. akhir bln ni nak pndh. nnt nak kena angkat brg2.
-monday tu aku btl2 tak larat. then trus g jmp dr Zarul. dia tanya dah period ker? aku kt belum. aku kt dmm je. then dia suruh gak wat Upt.
-aku kt dgn nurse, takde rsnya sbb br lg. tb2 nurse tu kt ada 2line la kak.
-Dr Zarul pun senyum n kt ada tue. alhamdulillah aku sedang membw zuriat kami. Syukur tak terkira. terima kasih Allah.

July - Nov 2008
-i'm really enjoy my pregnancy. rezeki kali ni Allah permudahkan segalanya.
-Tak dmm n muntah teruk. boleh mkn. kuat n tabah.
-bibie tersgt gembira. Moto hidup dia, dia hanya gembira bila aku gembira. Terima kasih bibie sbb sentiasa percaya n yakin dgn yang.
-my family n friends, tak usah ckpla. tersgt2 hepi n suruh jg mcm2.
-tgl 14weeks lg seblum zuriat kami dpt lihat dunia. aku pohon allah permudahkan jln utk kami.
-semoga anak kami ckp sifat, normal, sihat, kuat n tabah. isyaallah..
-sekarang ni pun, dlm prt mummy dia tgh berjoget senang hati. br pas mkn agknyer.

Inilah kisah ku. hakikatnye kalu ditakdirkan blum ms utk dpt zuriat, itu bkn ending segalanya.

life so beautiful. lot of thing u can do to enjoy it.

Smillleeeeeee.......Alwayssss........

Monday, November 3, 2008

What Happen in a week

1) Work
- hari2 pun duk design Transmission Tower. Silap2 anak aku kuar tau guna Staad Pro. To daddy, baby won't like Photoshop. hahahaa...Dengki...
- Hari2 doa company dpt project 72mill, dgn harapan dpt bonus 1year salary. huhu.. mn tau kot2 rezeki anak ku.

2) Friends
- Sasa hari2 pun pening dgn preparation utk bertunang. sasa dear, I'm so happy.. Can't wait for that day. nnt aku dtg dgn memboyot k.
- zu pun dah tunang dgn am. Hepi sgt2 jgk. zu, he's really a nice guy and worth to be hubby. zu pun dpt offer smbg master, bgsnyer. aku dah mls bljr.
- dil plak sentiasa bz. skrg tgh berusaha utk jd profesional QS. aku nyer application ntah bila nak approve.
- farah plak tak beranak2 lg. aku ni memanjangnyer sms tanya. risau gak, anak dia hepi duk dlm prt kot? huhu
- Emma dah mula letak beg dlm keta n tgg time utk deliver. diala yg rajin layan perasaan aku yg jg ngandung ni.

3) Neighbours
- Kitorg nyer blok rajin mkn. ptg sbt br ni kak balqisy msk macaroni goreng, kak yan wat air oren. aku n bibie dtg bw prt. haha. mlm td plak kak faridah ajak mkn mihun sup. tp kitorg dah kenyang, so tak pegi.
- sbt mlm plak ada jamuan perdana dkt Saujana Utama 3. Really proud dgn semua ajk yg berjy arrange majlis utk kite semua. aku n geng selasih 5 pun g jln sesama utk tgk kids nyanyi n mkn le... heheehe..

3) Me and Bibie
- hari2 pegi n balik keja sm2. hari2 pun gado2 n gurau dlm keta. Bahagia sgh..
- Sabtu pegi dating dkt OU, lama betul tak g rsnye. g tgk movie. g tgk brg2 baby. Excited kan bibie.
- Hari2 pun yang sayang bibie. bibie pun sayang yang, kan? Jawab2. hehehe.
- So Thankful to have him in my life.

5) Our Future Baby
- Hari2 pun pkr n plan for baby's future.
- dah dpt nursery yg berkenan di hati. dkt dgn opis mummy. Daddy, nnt kite g tgk sm2 k.
- Thur evening, g tgk Stroller idaman Daddy. Quinny Zapp. sgt bergaya tp tak tau la comfort ke tak.
- Satur plak asyik duk usha bj2 baby. dah aim a few rompers. Decided nak beli dkt mothercare sbb Daddy suka design n mummy suka material.
- Ada jgk yg berkenan dkt Pumpkin Patch. tp takde lengan pulak.
- mula2 cdg nak beli end of the month. tp mummy tak dpt thn diri. lalu membeli 2 helai rompers carter's. 1, belang2 hijau n biru. 1 lg belang2 kuning putih. skrg b4 tdo, hr2 mummy tgk bj tu.
- jmp Stroller Bugaboo Bee yg mmg sgt praktikal n canggih tp sgt la mhl. rm2k++. So still dlm consideration lg. Xpun, beli Graco or Mclaren je, Xmahal sgt pun.
- Next Satur, Mummy n Daddy nak beli set Baby Cot. Ada Sale!!! Hopefully really worth it.

6) Family
- Ayah, mcm biasa bz dgn projek n dwg2 dia. lg pening sbb duk urus jual n beli umah.
-Ma, hr ni ma kena small operation lg kat blkg bahu. hopefully she's fine.
-Bang Ngah, tgh sbk cr keja lg, Insyaallah ada rezeki dia.
- Bang De, tak lm lg exam. n mcm biasa, dia yg plg merisaukan kitorg.
-Syauqi, dah abis exam n sgt excited nak g rombongan sekolah.

7) Myself
- Hari2 experienced wonderful life with my hubby, future baby, family, friend, opismate n neighbours.
- Hari2 gak risau, mampu kah aku jd mummy yg baik n bgs utk anakku.
- Hari2 rs baby gerak n bila dia senyap n tak gerak, mummy g bising2 n kaco2 baby.
- Kadang2 rs penat gak bila baby byk gerak, betul kt kwn ku mila.
- Mummy sht tp kdg2 letih sgt2. Kdg2 nak pitam pun ada. tp insyaallah mummy kuat lg.

Kla, ini la perjalanan hdpku utk last week. Hopefully it would be more interesting this week. daa.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...