Recent Posts

About Us


We are MyKhalish!

Salam perkenalan, tujuan asal blog ini diwujudkan hanyalah sekadar utk menyimpan kenangan utk tatapan kami sekeluarga. Lama-kelamaan semakin terasa keseronokkan berblogging bila terjumpa ramai kenalan yg baru dgn minat yg sama. Dgn cara ini juga kami dapat pengalaman baru dan juga kongsikan pengalaman kami. MyKhalish.com berkisarkan kisah-kisah kami yg berkaitan parenting, lifestyle, travelling, makan2 dan lain-lain yg kami suka.

Dedi AKA Rill MyKhalish
Tulang belakang MyKhalish.com, tukang jaga maintenance blog ini. Ibarat macam tukang kebun sekolah. Hehehe.. Penulis simpanan. Seorang Graphic Designer, sekarang bekerja sendiri utk MyKhalish Solutions. Minat dgn hal2 berkaitan photography, graphic design, teknologi dan gadjet.

Memi AKA Ila MyKhalish
Penulis utama MyKhalish.com. Celoteh yg bersahaja. Penggemar durian dan suka berjalan. Suka baca novel. Peminat setia Twilight Saga terutamanya Edward Cullen. Hanya akan menulis bila emosi stabil. Seorang Design Engineer sepenuh masa.

Aqil Khalish
Anak pertama, seorang yang bijak dan mencairkan hati. Sangat sukakan keretapi, terutamanya Plarail. Seorang yg ceria, mudah sesuaikan diri dgn situasi baru. Suka sakat adiknya. Tak suka pakai baju berkolar.

Amni Khalisha
Anak kedua, seorang yg cheeky dan mencuit hati. Sensitf dan mudah emo. Suka makan benda masam2. Penggemar pink, suka sgt org puji comel dan cantik. Kadang2 buat perkara yg tak diduga.

Disebalik nama MyKhalish:
KHALISH tu ialah singkatan dan gabungan nama kami NurKHALIlah danSHahril, KHALISH juga bermaksud Suci/Murni dalam bahasa arab.. Kami juga namakan nama anak2 kami sebagai Aqil Khalish dan Amni Khalisha.. So MyKhalish tu adalah merujuk kepada KAMI sekeluarga.. semakin lama mmg semakin serasi dgn nama ini.. Even kat luar pun pernah ada yg menegur, "Ini MyKhalish kan?".. hehe.. Skrg pun kami register perniagaan kami dengan nama MyKhalish Solutions kerana merasakan penggunaan nama ini buat kami bersemangat..

Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai servis MyKhalish Photography dan Partaparty.com sila email kami ke info.mykhalish@gmail.com

Terima Kasih :)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih ye sebab sudi baca dan komen kat sini.. :)
Singgah-singgah lah selalu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...